Powered By Blogger

Tuesday, 8 May 2012

NAK CANTIK....NAK SIHAT...??

   Semua orang nak nampak cantik..kalau sekadar cantik tetapi kesihatan diabaikan pun tak guna juga.Jadi, di sini kami ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang bagaimana nak menjaga kesihatan bukan sahaja dari aspek luaran namun juga sihat dari dalam. Oleh itu,mari kita mengamalkan gaya pemakananan yang sihat kerana ianya penting dalam penjagaan kesihatan anda semua..Mari ikuti info-info yang dipaparkan di sini.Semoga paparan ini dapat membantu anda di luar sana yang masih tercari-cari maklumat berkaitan amalan pemakanan yang sihat..JomMm sihat (^_^)..
APA ITU DIET SEIMBANG?

Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul. Tubuh yang tidak menerima nutrien yang mencukupi dan seimbang akan menghadapi masalah penyakit.


DIET SEIMBANG MELIPUTI:
  • Pengertian Diet Seimbang
  • Faktor Utama Dalam Merancang Diet Seimbang
  • Prinsip Asas Diet Seimbang
  • Tabiat Makan Yang Sihat  


PENGERTIAN DIET SEIMBANG
vDiet seimbang  merupakan satu sajian yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan
   oleh badan dengan kadar yang betul.
vJenis nutrien terdiri daripada karbohidrat,protein,lemak,garam mineral dan vitamin.
vContoh:
Karbohidrat : nasi dan roti
Protein  : ikan,telur,kacang soya
Lemak   : kulat,santan kelapa
Garam mineral : kalsium(ikan bilis,susu),
                        besi(prun,bayam merah),iodin(keju)
Vitamin : A (kuning telur),C(buah-buahan,sayuran)
               D(sardin)


Faktor
utama merancang diet seimbang

vSemasa merancang diet seimbang,faktor seperti jantina,saiz badan,tahap 
   kesihatan,jenis aktiviti harian dan peringkat umur diambil kira.
vPekerja buruh perlukan lebih banyak makanan pembekal tenaga berbanding kerani
   pejabat.
vKanak-kanak dan remaja perlukan lebih banyak nutrien pembina badan untuk membesar.
vGolongan remaja dan dewasa perlukan lebih makanan pembekal tenaga.
vGolongan tua perlukan lebih makanan bernutrien untuk jaga kesihatan.
vSeseorang yang saiz badannya lebih besar perlu lebih makanan pembekal tenaga
   berbanding saiz badan yang kecil.

PRINSIP ASAS DIET SEIMBANG
  • Tiada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh.Contohnya, beras membekalkan karbohidrat, manakala ikan kaya dengan protein.
  • Piramid makanan merupakan panduan yang berjaya membantu kita merancang makanan harian yang seimbang







TABIAT MAKAN YANG SIHAT
  • Amalkan tabiat makan sajian makanan yang sajian makanan yang seimbang, sering mempelbagikan makanan yang dimakan dan tidak memilih makanan yang disukai sahaja
  • Makan mengikut waktu bukan kerap makan atau biarkan perut terlalu kosong      
  • Displin diri dalam pengambilan makanan dengan aktiviti supaya sihat dan berat badan dapat dikawal.
  • Mengamalkan pengambilan makanan yang terjaga kebersihannya.
  • Minum air masak secukupnya kerana tiga perempat tubuh badan manusia terdiri daripada air.
  • Jangan mudah dipengaruhi iklan untuk memakan makanan yang manis, tinggi kandungan garam, terlalu berlemak dan berminyak. 








No comments:

Post a Comment